DyanxPutra

Ordinary Person... Extraordinary Passion!!!

"YOU MUST NOT QUIT"

When things go wrong as they sometimes will,
When the road you're trudging seems all uphill,
When the funds are low and the debts are high,
And when you want to smile, but you have a sigh,
When care is pressing you down a bit,
Rest if you must - but don't you quit.

Life is a queer with its twists and turns,
As everyone of us sometimes learns.
And many a failure turns about,
When he might have won had he stuck it cut,
Don't give up though the pace seems slow,
You might succeed with another blow.

Often the goal is nearer than
It seems to a faint and faltering man.
Often the struggler has given up
When he might have captured the victor's cup
And he learned too late, when night slipped down,
How close he was to the golden crown.

Success is failure turned inside out -
The silver line of the clouds of doubt -
And you can never tell how close you are,
It may be near when it seems afar;
So stick to the fight when you're hardest hit -
It's when things seem worst that

"YOU MUST NOT QUIT"!

Kandungan posting ini diperolehi daripada nota seorang sahabat di dalam Facebook.
Kredit kepada penulis asal artikel ini yang tidak diketahui identiti sebenarnya.
Semoga kita semua mendapat pengajaran daripada kisah ini. Terima kasih.

Kisah 1 - Hidup Berkat


Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia, Salleh (bukan nama sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama sebenar). Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin dan dikurniakan Allah dengan 7 orang anak. Beberapa bulan yang lepas saya
berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu selepas solat Subuh di Masjid Kajang saya bertemu dengan Salleh. Dia terus mengajak saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak jauh dengan Masjid.

Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Pagi itu tidak sedar kami telah berbual-bual hampir lima jam. Saya ingin berkongsi tentang keluarga Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat keberkatan Allah.

1. Salleh bekerja makan gaji dan pendapatan bersihnya sebulan kurang dari RM3000.
2. Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun menjadi suri rumah sepenuh masa atas kehendak Salleh. Sebagai penghargaan kerana isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan RM300 sebulan kepada ibu-bapa mertuanya setiap bulan.
3. Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200 sebulan. Bapa Salleh telah meninggal dunia.
4. Dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM500 sebulan.
5. Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan.
6. Di rumahnya serba lengkap dengan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh, Set Sofa) serta teratur dan kemas.
7. Pelik tetapi benar, bil elektrik dirumahnya kurang dari RM20 sebulan sedangkan jirannya tidak pernah kurang dari RM60. TNB dah buat pemeriksaan bahawa meter di rumahnya tidak rosak. Begitu juga dengan bil air kurang dari RM10 sebulan.
8. Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama integrasi.
9. Bayangkan dia boleh hidup dengan Selesa walaupun gajinya kecil jika dinisbahkan dengan keluarganya yang agak besar.

Sejak berkawan dengannya ada beberapa perkara yang saya lihat jadi amalan dia yang patut di contohi;

1. Solat Duha menjadi amalan hariannya walaupun ketika pergi outstation
2. Solat Istikharah menjadi suatu amalan walaupun nak membeli benda yang kecil seperti nak membeli mesin basuh.
3. Sering membaca Surah Al-Waqiah
4. Tidak terlibat langsung dengan sistem Riba. Dia menggunakan Kredit Kad Bank Islam. Pinjaman kereta pun menggunakan sistem pinjaman Islam.
5. Buat baik kepada Ibu bapa dan Ibu Bapa mertuanya.
6. Suka menolong orang dan memberi derma
7. Semua anak-anaknya mempunyai akhlak yang baik dan jarang kena sebarang penyakit.
8. Dia dah empat tahun menggunakan Toyota Unser, sekali pun tidak pernah rosak atau menyusahkan nya.
9. Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah dan cepat.


Kisah 2 - Hidup Tanpa Berkat

Ketika saya bujang dahulu saya sering menziarahi kawan saya, Norizam (bukan nama sebenar) yang tinggal di Masai Johor. Pada hari Ahad itu saya sampai di rumah Norizam selepas waktu Asar. Norizam memperkenalkan Abang dia, Rashid (bukan nama sebenar) yang baru sampai dari Kuala Lumpur. Rashid berkunjung ke rumah Norizam kerana untuk menghadiri temuduga pada pagi Isnin di Johor Baru.

Kawan saya Norizam ini, dalam beberapa hal dia tidak berpuas hati dengan abangnya. Kadang kala saya tidak suka mendengar dia merungut tentang abangnya. Petang itu Norizam merungut lagi iaitu abangnya datang untuk temuduga kerja sebagai Pengurus Besar (General Manager). Gaji Rashid sekarang ialah RM10,000 sebulan. Katanya tidak mencukupi. Dia akan minta
gaji sebanyak RM14,000 sebulan untuk tempat baru ini.

Saya pun berasa hairan gaji RM10,000 sebulan tidak mencukupi sedangkan hanya mempunyai dua orang anak sahaja. Beberapa tahun kemudian baru saya tahu kenapa gaji abangnya RM10,000 tidak mencukupi. Ini ada kaitan dengan tiada keberkatan hidup.

Perkara-perkara yang pada pandangan saya menyebabkan Rashid jadi susah ialah seperti berikut;

1. Banyak sangat terlibat dengan sistem Riba. Pinjaman Kereta, Kad Kredit, Pinjaman Rumah, Akaun Simpanan semuanya Sistem Konvensional (Riba)
2. Menggunakan banyak kad kredit konvensional kemudian bayar pokok sahaja. Bermakna memakan riba yang berterusan.
3. Sering bertukar kereta sebab kereta selalu bermasalah walaupun kereta baru (Masalah kena curi dan kemalangan jalan raya)
4. Sering bertengkar dengan isteri.
5. Isteri sering masuk hospital kerana penyakit misteri.
6. Anak perempuan sulungnya yang di tingkatan tiga kena tangkap basah.
7. Suka menengking jika ada orang mintak derma.
8. Soal sembahyang lima waktu dipandang sebelah mata sahaja.

Kedua-dua kisah ini adalah sesuatu yang lumrah berlaku di sekeliling kita. Kadang kala kita tidak sedar langsung atau tidak menghiraukan langsung untuk mencari keberkatan hidup.

"2009: Kebangkitan". Begitulah azamku pada tahun ini. Selama hampir 5 tahun kebelakangan ini (2003-2008), segala apa yang telah aku usahakan dalam hidupku dengan penuh penat lelah telah musnah dengan sekelip mata. Segala air mata, darah dan juga keringat yang telah kucurahkan selama ini ternyata jadi sia-sia belaka. Pengorbanan yang dicurahkan rupa-rupanya telah 'mengorbankan' jiwa ragaku tanpa ada sedikitpun dihargai. Begitulah secebis kisah duka dalam hidupku pada tahun-tahun kebelakangan ini.

Dalam masa 5 tahun aku telah kehilangan keluargaku (kematian), cintaku (kecurangan), karierku (penganiayaan), perniagaanku (pengkhianatan) bahkan juga hampir seluruh kehidupanku (putus asa - Nauzubillah). Ya, begitulah dugaan hidup yang aku harungi sendirian sebagai seorang anak yatim. "Sabar itu separuh daripada iman", begitulah kata-kata nasihat yang sering diucapkan kepadaku oleh insan-insan bernama sahabat yang setia bersama menemani, bahkan ada juga yang menyaksikan sendiri keruntuhan dan kemusnahan hidupku.

Maafkanku wahai sahabat, aku sudah muak mendengar ungkapan kata-kata 'penyedap hati' yang sudah kerap kali kudengar dari mulut kalian. Cukuplah sudah apa yang telah aku alami. Memang aku sedar dan tahu bahawa "sabar itu separuh daripada iman". Namun aku pohon pengertian dari kalian bahawa "separuh daripada rasa sabarku telahpun hilang". Aku sudah nekad, tahun ini aku bakal membuat perhitungan. Aku akan bangkit semula dari jurang keruntuhan dan kemusnahan hidupku ini dengan segala kudrat yang masih ada padaku. "2009: Kebangkitan" begitulah sumpahku, akan aku tuntut semula segala hak ku yang telah 'dirampas'.